Salam buat kengkawan yg tak jemu mengikut blog aku. Rasanya dah dekat 2 bulan aku tak meng'update' blog aku ni.
Cerita terbaru, aku pergi ke jeli kelantan pada 09.04.09. Bukan makan angin, tapi boleh kata lawatan sambil belajar le jugak. Tujuan sebenar aku kesana untuk melihat Projek company aku. Diorang tgh buat kerja2 rock blasting. Takde sapa pun yg suruh aku pegi. Belanjapun aku tanggung sendiri. Tapi atas dasar nak cari ilmu akhirnya sampai juga aku ke Jeli Kelantan.
Aku bertolak ke sana jam 7.00pm dari Rasa, Kuala Kubu Bharu. dari Rasa aku drive sampai hentian Tapah. Aku pergi dgn Safety Officer projek aku ( pak Halim). Sampai kat Tapah aku dah rasa mengantuk gila. Rehat jap, pastu sembahyang and makan malam. lepas makan terus gerak, tapi Pak Halim pulak yg drive. tahan orang tua ni. Dia drive sampai ke Jeli. Aku dah banyak kali terlelap. Kesian jugak kat Pak Halim. Sorry lah Pak Halim, adat le org bawak kete tak leh tido. Orang sebelah siap blh berdengkur lagi.
Aku doa2 jugak kalau2 blh jumpa gajah dlm perjalanan ni. Org kata kalau ade rezeki blh nampak gajah dlm perjalanan nie. tapi memang aku tak ade rezeki. hehehe.....
Aku sampai Jeli jam 12.30am. Malam tu kitorang tido kat Bukit Bunga. Lebih kurang 50km dari Jeli.
10.04.09 jam 8.00am aku gerak ke site. Sekali lagi malang sebab hari ni tak de kerja2 rock blasting. Kebetulan mesen rosak. So hari ni takde aktiviti. aku plan nak pegi projek UMT. tapi last minit kitorang pegi Rantau Panjang. aku shoping baju anak2 je. Balik dari Rantau Panjang kitorang pegi ke Tanah Merah. Kitorang plan nak tido kat Tanah Merak. Sebelum check in kat hotel aku ngan pak halim pegi stesen keretapi Tanah Merah. Pak Halim nak tengok keretapi sampai dan belepas. Blues juga org tua ni.
Esoknya ( 11.04.09 ) kitorang gerak ke Jeli. Hari ni nasib kitorang baik. Kerja2 rock blasting akan dijalankan pada jam 12.30pm. Hari tu dapat gak aku tgk kerja2 rock blasting. Lepas habis keje , kitorang terus blk ke kl. Pak Halim bawak kereta dari Jeli sampai kl. Aku nak bawak dia tak bagi. Mungkin sebab aku bawak slow kot. Org tua ni bwk kete boleh tahan laju gak.
Utk kengkawan yg nak tau cerita pasal rock blasting, tunggu cerita selanjutnye. ade gambar & method statement rock blasting. Sama2 lah kita kongsi pengalaman dan ilmu.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)